Contact Us
|

SOKONG ZOO MELAKA

Bersama Menjaga dan Memulihara Hidupan Liar

Setiap haiwan di Zoo Melaka mempunyai keperluan yang berterusan daripada pemakanan dan penjagaan kesihatan, penyelenggaraan habitat, sehinggalah kepada program pendidikan dan pemuliharaan.

Sumbangan anda, walaupun kecil, membantu kami meneruskan usaha untuk memastikan kebajikan haiwan sentiasa terpelihara dan Zoo Melaka terus menjadi tempat untuk masyarakat mengenali, menghargai dan menyayangi hidupan liar.

Setiap Sumbangan Membawa Makna

Imbas kod QR di bawah untuk membuat sumbangan kepada Zoo Melaka.

QR Donation Zoo Melaka

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada usaha kami dalam menjaga dan memulihara hidupan liar.

KE MANA SUMBANGAN ANDA DISALURKAN?

Pemakanan Haiwan

Pemakanan & Kebajikan Haiwan

Menyokong keperluan makanan, penjagaan dan kebajikan haiwan di Zoo Melaka.

Habitat & Infrastruktur

Habitat & Infrastruktur

Membantu usaha penyelenggaraan, penambahbaikan dan pembangunan kemudahan serta habitat haiwan.

Penjagaan Kesihatan

Penjagaan Kesihatan

Menyokong keperluan penjagaan veterinar, kesihatan dan pemantauan haiwan.

Pendidikan & Kesedaran

Pendidikan & Kesedaran

Menyokong program pendidikan, aktiviti interaktif dan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hidupan liar.

Pemuliharaan

Pemuliharaan

Membantu menyokong inisiatif dan program yang berkaitan dengan pemuliharaan serta perlindungan hidupan liar.

JADILAH RAKAN KONGSI KAMI

Bersama Membina Masa Depan Hidupan Liar

Kami juga mengalu-alukan syarikat, organisasi dan rakan korporat untuk bersama-sama menyokong usaha Zoo Melaka melalui pelbagai bentuk sumbangan dan kerjasama.

ADOPT AN ANIMAL

Sokong kos penjagaan dan kebajikan haiwan pilihan anda

Adopt an Animal

IN-KIND CONTRIBUTION

Sumbangkan barangan, perkhidmatan atau keperluan operasi.

In-Kind Contribution

SPONSOR A PROGRAM

Sokong program pendidikan, pemuliharaan dan komuniti.

Sponsor a Program

CORPORATE GIVING

Berikan sumbangan kewangan untuk menyokong keperluan Zoo Melaka.

Corporate Giving

ANDA ADA IDEA KERJASAMA LAIN?

Setiap organisasi mempunyai matlamat dan keperluan yang berbeza. Oleh itu, kami mengalu-alukan perbincangan untuk membentuk kerjasama yang bersesuaian dan memberi manfaat bersama.

Bergantung kepada bentuk dan skala sumbangan atau kerjasama, rakan korporat berpeluang menerima pengiktirafan, penghargaan atau manfaat tertentu yang boleh dibincangkan bersama.

Ingin menyokong Zoo Melaka sebagai rakan korporat?

📱 Hubungi kami melalui WhatsApp

WHATSAPP US

Pasukan kami akan menghubungi anda untuk membincangkan bentuk sumbangan atau kerjasama yang paling sesuai.